Tuesday, 29 August 2017

Anak-anak Cemerlang

amanah allah

belek-belek entry lama Eida tentang "THE BRIGHTHEST PEARL" terasa nak buat entry baru about my 2 princesses yang pejam celik dah besar dah..
masa Eida buat entry tu tahun 2012 kan,dan sekarang 2017 5 years already 
Kakak Bella pun dah masuk 8 tahun
Kakak Qaseh 7 tahun..

ALHAMDULILLAH membesar dengan cemerlang anak-anak bonda dan papa ni..
Kalau nak cerita panjang di masa perjalanan pembesaran anak-anak 2 orang ini, dengan pelbagai cabaran dan ujian,bisnes dan bekerja balik makan gaji, papa dan bonda then tidak di bayar gaji time-time nak raya pula..kesian rasanya anak-anak..
ALLAHUAKHBAR..(susah nak lupa kan,kenangan yang menguatkan jiwa dan rohani)

Tapi masa tu as parents kita nak give up ke dengan kehidupan ke?? biarkan anak-anak, musnahkan impian mereka?? 

Jangan, masa itu ALLAH SWT menguji kita..

Sekali lagi ALHAMDULILLAH kita survive kan..
Sebab meletakkan anak-anak ini as "THE BRIGHTEST PEARL" "THE BIGGEST WHY" pinjaman ILLAHI untuk kita sebagai SAHAM AKHIRAT di sana nanti, jangan disia-siakan.
Ok, bab ujian hidup itu Eida akan share di entry lain akan datang..INSYAALLAH 😊
Bukan untuk mendabik dada "YESSSS, KAMI SURVIVE WALAUPUN DIUJI" tapi sebagai pemberi semangat kepada kawan-kawan parents yang lain,jangan putus harap, jangan putus asa, jangan sekali doubt dan rasa kenapa aku,kenapa aku yang diuji??
Kerana percayalah setiap ujian dan dugaan yang kita lalui itu adalah untuk menguatkan kita dan akan membuatkan kita lebih dekat dan sentiasa dekat dengan ALLAH SWT
Allah swt rindu kita, mungkin ada khilaf kita di masa lalu, yang hingga kita terleka untuk sujud kepadaNYA, untuk memujiNYA, untuk mengadu kepadaNYA..

sekali lagi ALHAMDULILLAH,syukur YA ALLAH..memang kene banyak-banyak bersyukur tau..😊


berbalik kepada cerita 2 orang cahaya mata pertama papa dan bonda ni..
hah ini dia latest picture anak-anak gadis manis bonda ni..


Janganlah marah ada pula bonda sekali..hihi..bonda yang suka selfie, anak-anak pun terjebak jugalah...hahaha

They both growing up as beautiful as ALLAH SWT created them..
emosi mak-mak kan, anak-anak makin membesar..biasalah lumrah alam yang perlu kita terima..
Yang kecil pasti akan membesar
Yang muda pasti akan tua
Yang hidup pasti akan mati

Banyak sangat pencapaian Kak Bella dengan Kak dek, yang papa dan bonda rasa sangat kagum..
Bersekolah di sekolah SRAI Sungai Manggis, walaupun nak masuk SRAI, kene ambil exam dulu, dan ramai parents inginkan anak-anak bersekolah di situ dengan hanya kapasiti murid terhad hanya 70 orang sahaja yang boleh dimuatkan untuk satu-satu darjah..alhamdulillah..kakak Bella dan Kakdek dapat..
Memang result anak-anak SRAI, hebat-hebat kesemuanya..
(entry pasal SRAI ini pun akan di update soon ok, untuk yang mana ingin mengetahui lebih lanjut)

Paling bonda bangga sangat dalam usia baru 7&8 tahun korang dah boleh baca Al-Quran..
Terima kasih sangat-sangat ustazah kat SRAI yang banyak membimbing, bonda&papa tinggal nak latih sahaja di rumah..
Masa bonda seusia korang baru merangkak-rangkak baca Muqaddam lagi nak..korang dah baca Quran..
Anak-anak masa hadapan kan,semua advance..😓
Kadang risau juga tau..Dunia makin canggih ini, baru darjah 1 dan 2 ni, dah ada dengar-dengar kat telinga ni "bonda nak handphone juga, Iphone 6 macam bonda"..emm ye telan air liur bonda dengar nak ooiii..hahaha
Not now kids..
Korang carilah duit sendiri nak handphone..😝
Lagi ada handphone nanti,lagilah bonda dan papa risau dengan macam-macam berita yang sangat menggerunkan parents zaman sekarang ni like weolsss..
Baik bonda cari duit banyak-banyak kumpul untuk perbelanjaan masa depan korang..huhu


but whatever it is kita still have to follow the flow dan terima keadaan dunia IT yang serba serbi canggih ni dan makin lama makin mahal yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk segala hal..betul tak??
Nak anak-anak cerdik makanan pun make sure yang baik-baik dan berkhasiat, nak hantar tuisyen lagi kan, nak beli buku extra untuk ulang-kaji dekat rumah jugakan..Belum masuk supplement tambahan untuk kuatkan otak kuatkan tulang supaya lebih cerdas dan cergas..

Belum masuk reward untuk anak-anak lagikan, kene ada reward, rasa seronok sangat tengok kita bagi hadiah sikit untuk raikkan bila anak-anak dapat pencapaian yang baik dalam ujian dan peperiksaan. Semangat diorang nak buat lebih dan lebih tu akan bertambah tau..
ala kita yang dewasa ni pun seronokkan dapat reward..hihi, inikan anak-anak..
Belum masuk percutian idaman diorang lagi..Tengok iklan TV, nak pergi LEGOLAND, nak pergi HELLO KITTY LAND, nak pergi SUNWAY LAGOON..
Best juga dapat bawa pergi tempat-tempat rekreasi macam tu, sebab bonda pun boleh "having fun" sekali..hahaha

Soon adik-adik korang pula akan membesar, Abam Eirfan nak start pre-school next year, adik Eidris pula menyusul..
Cepat betul rasa masa berlalu, 4 orang dah anak-anak bonda&papa, harta dan amanah Allah SWT untuk bonda&papa jaga dan bimbing sebaik mungkin supaya menjadi saham akhirat untuk kami



Walaupun kita dari keluarga yang sederhana, tapi kita usahakan untuk kesenangan dan perbaiki taraf hidup keluarga kita dengan bisnes ini, laluan rezeki yang Allah SWT tunjukkan untuk bonda dan papa akan usahakan yang terbaik untuk anak-anak, kita build 1 per satu impian yang bonda impikan masa bonda kecil dulu, yang masih belum bonda capai dengan izin Allah kita usahakan untuk kita nikmati bersama..
Cari duit lebih, income lebih dalam masa usia bonda dan papa masih kuat dan cergas ni kan,kita gunakan sebaik mungkin untuk bantu juga orang lain capai impian dan kebabasan duit, kebebasan masa dalam usia muda 
InsyaAllah amminnn Yarobalallamin..




Impian semua ibubapa dan bakal-bakal ibubapa untuk jadi role-model terbaik untuk anak-anak kan..
Semoga dipermudahkan perancangan kita semua..
ok semoga ketemu dilain entry ya..😃 
Sayangi anak-anak anda..

Bonda anak 4,
EidaMustafa 33